10 Tanda Lelaki Ikhlas Mencintai (Serius Dalam Hubungan Percintaan)

Macam mana kita nak tahu tanda lelaki ikhlas mencintai kita tanpa dia menunjukkan keikhlasannya? Kalau difikirkan balik. Memang susah kita nak tahu sejauh mana seseorang itu cintakan kita kalau dia tidak bagitahu pada kita. Jadi, terpaksalah kita pandai-pandai cari tahu dan faham sendiri hint yang mereka bagi.

Oleh itu, untuk memastikan kita lebih memahami bagaimana hati lelaki yang sebenarnya dan dapat merasakan perasaan ikhlas seorang lelaki yang mencintai diri kita. Mari kita lihat beberapa tanda yang lelaki berikan melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Tanda lelaki ikhlas mencintai

Di bawah ini merupakan beberapa tanda keikhlasan lelaki dalam bercinta yang perempuan harus sedar.

1. Lelaki ikhlas mencintai apabila dia seorang yang setia dekat atau jauh

Kesetiaan adalah amat penting dalam percintaan. Dari masa bercintalah kita boleh tahu jika lelaki itu betul-betul serius dengan kita. Dia tidak akan sekali-kali cuba untuk berlaku curang atau memberikan ruang untuk orang ketiga hadir dalam hubungan kita dan dia.

Dia memang tidak akan pernah menduakan kita sama ada dekat atau sedang bercinta jarak jauh. Jika jarang berjumpa sekalipun dia tetap setia. Bagi dia, cuma kita satu-satunya yang dia perlukan dalam hidup.

2. Tidak pernah menilai luaran kita

Nak dapat lelaki yang boleh terima kita seadanya bukanlah sesuatu yang mudah. Nak-nak pula zaman sekarang ini memang semua perempuan berlumba-lumba nak jadi paling cantik, paling kurus dan macam-macam lagi. Iyalah, sedangkan kasut yang kita pakai dikaki pun kita nak yang cantik.

Apatah lagi nak pilih pasangan hidup kita.

Tetapi, untuk lelaki yang ikhlas mencintai kita ini. Sekalipun dia tidak pernah menilai luaran kita. Tidak kesahlah waktu itu kita gemuk ke, muka kita break-out ke. Dia tetap treat kita macam princess. Seolah-olah kita sahaja yang paling menarik di mata dia.

Sikit pun dia tidak pernah minta kita berubah jadi orang lain.

3. Lelaki ikhlas mencintai apabila selalu buat kita percayakan dia

Untuk mempercayai seseorang bukan senang. Di luar sana banyak sangat orang yang dikhianati kerana terlalu percaya. Ada yang sudah bercinta bertahun-tahun tetapi tetap juga dipermainkan akhirnya. Namun, berbeza dengan lelaki yang ikhlas cintakan kita.

Dia akan selalu buat kita percayakan dia walaupun dia tidak pernah minta kita percayakan dia. Cuma, kepercayaan yang kita beri pada dia itu wujud dengan sendirinya tanpa kita sedar kita dah pun percayakan dia. Ini semua kerana sikap dan kelakuan dia yang sentiasa menunjukkan bahawa dia lelaki yang boleh dipercayai dan diharap.

Dia sentiasa buktikan yang dia tidak sama macam lelaki tidak guna yang pernah kita kenal sebelum ini.

4. Lelaki ikhlas mencintai kita tidak pernah berkasar dengan kita

Lelaki yang sangat cintakan kita dia tidak akan kasar-kasar dengan kita.

Kalau kita buat salah pun dia tidak pernah meninggi suara atau tengking kita. Dia selalu selesaikan salah faham antara kita dengan dia menggunakan teguran yang lemah lembut dan selalu ajak kita berbincang sebelum buat apa-apa keputusan.

5. Sentiasa ambil dan jaga hati kita

Kalau lelaki ikhlas mencintai kita, dia akan selalu ambil hati kita dan elak dari buat kita sakit hati. Apa yang kita tidak suka, dia tidak akan buat. Dia akan sentiasa buat kita tersenyum dan gembira bila bersama dengan dia.

Andai kata ada benda yang buat kita sedih. Dia akan dengar luahan hati kita dan buat kita rasa tenang dengan kehadiran dia dan selalu bersikap seperti lelaki budiman yang sentiasa menghormati perasaan perempuan yang dia cinta.

Tidak cukup dengan itu, dia akan selalu buat hati kita ini berbunga-bunga dengan suprisekan kita apa yang kita suka. Tahu-tahu nanti ada invitation pergi candle light dinner.

6. Lelaki ikhlas mencintai kita turut layan ahli keluarga dan kawan-kawan kita dengan baik

Nak tahu lelaki itu betul-betul ikhlas dengan kita atau memang yang terbaik untuk kita. Cuba tengok cara dia layan ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Lelaki yang serius dalam hubungan ini, dia tidak akan berpura-pura. Dia sememangnya lelaki yang genuine yang sangat menghormati orang lain dan bila belakang kita pun, dia memang akan layan semua orang dengan baik dan penuh adab.

7. Akan mudah mengaku kesalahan dan minta maaf

Jika ada lelaki di sekeliling kita yang dengan sangat mudah mengaku salah dan sentiasa minta maaf. Percayalah dia adalah lelaki yang ikhlas mencintai kita. Dia buat macam itu dengan menurukan egonya dan berlaku jujur dengan kita.

Dia tidak mahu menipu kita dan buat kita rasa dia tidak bertanggungjawab bila dia ada buat salah. Lagi ketara kalau kita yang sebenarnya buat salah dengan dia, tetapi dia pula yang mengalah dan minta maaf terlebih dahulu.

Untungnya kalau dapat lelaki yang macam ini.

8. Lelaki ikhlas mencintai apabila dia takut kehilangan kita

Mana ada orang yang sanggup kehilangan orang yang dia sayang begitu sahaja. Nak-nak pula kalau puncanya datang dari dia. Dia memang akan selalu berhati-hati agar dia tidak buat perkara yang kita tidak suka.

Dia akan selalu pastikan yang kita bahagia dengan dia. Di samping itu, dia akan kerap tanya soalan seperti kita sayang dia atau tidak? Kita rindu dia ke tidak? dan macam-macam lagilah. Dia memang akan risau kalau kita rasa bosan bercinta dengan dia.

9. Dia akan selalu ada di saat kita susah dan senang

Nak memiliki pasangan yang sanggup ada waktu kita jatuh dan bangun adalah seperti mencari sebutir permata di dasar lautan. Kalau ada lelaki yang macam ini dengan kita, hargailah dia sebaik-baiknya. Lelaki yang ikhlas mencintai kita tidak akan meninggalkan kita walau dalam apa jua keadaan.

Dia akan selalu berusaha untuk ada dengan kita lebih-lebih lagi waktu kita memerlukan seseorang untuk bergantung harap. Apabila dia senang pun dia tidak akan lupa kita dan selalu melengkapi kekurangan kita walaupun dia berhak bersama dengan perempuan yang lebih baik dari kita.

10. Lelaki ikhlas mencintai dengan sentiasa berusaha menghalalkan kita

Kalau lelaki itu betul-betul sayangkan kita dan serius inginkan kita dalam hidup dia selama-lamanya. Dia akan berusaha menghalalkan kita menggunakan apa cara sekalipun. Dia akan kumpul duit untuk nikahi kita dan selalu berikan kita yang terbaik supaya kita sedar yang dia betul-betul nak jaga kita.

Di samping itu, dia akan berubah menjadi lelaki yang lebih baik dan menghormati setiap keputusan kita sebagai seorang perempuan yang bakal menjadi kekasih halalnya. Kalau dulu dia memang suka berfoya-foya, tetapi sekarang dia lebih utamakan masa depan dia bersama kita.

Akhir kalam

Kesimpulannya, banyak lagi tanda-tanda lelaki ikhlas mencintai kita yang kita boleh rasakan sendiri tanpa perlu dizahirkan dengan kata-kata. Andai kata ada lelaki yang betul-betul cintakan kita, janganlah kita sia-siakan. Jangan juga terlalu memilih seseorang berdasarkan rupa kerana rupa tidak dapat menjamin kebahagiaan.

Apa yang penting adalah hati yang ikhlas dan budi pekerti yang baik.

Diharapkan dengan perkongsian ini, kita lebih bijak dalam menilai perasaan lelaki yang sebenar-benarnya. Ini kerana, terdapat banyak lelaki sayang kita dalam diam walaupun dia memang sangat sayangkan kita. Kitalah yang kena faham-faham sendiri ya.

Semoga bermanfaat.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Jomdating.my
Logo
Shopping cart