9 Petua Berhasil Agar Dipercepat Mendapatkan Jodoh Yang Baik Bagi Mereka Yang Masih Belum Berkahwin.

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.

Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas.

Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.

Jodoh yang tidak kunjung tiba disaat usia semakin meningkat..

Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.

Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.

Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.

Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya? 

Perkahwinan itu rezeki. Semua orang boleh mendapatnya

Ada pepatah arab yang berbunyi:

 Man Yazro’ Yahsud”

Bermaksud: Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.

Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya.

Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.

Rezeki itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek sendiri.

Begitu jugalah dengan perkahwinan.

Perkahwinan , ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki.

Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.

Petua dan Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh

1 # Memperbetulkan kembali niat kita

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita.

Berbalik kepada konteks artikel ini, Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan.

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.


2 # Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri

Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan?

Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.

Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh.

Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda.

Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.

Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh.

Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodoran, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi.

Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.


3 # Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat

Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri?

Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi.

Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya.

Buangkan rasa malu yang tidak bertempat.

Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.

Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?

Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri.

Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.

 …dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”

— Yusuf :87

Jomdating.my
Logo
Shopping cart