Pasangan Ini Buat Pre-Wedding Photoshoot Ala K-Drama ‘Crash Landing On You’. Beautiful lah!

Bila bercakap pasal K-Drama, salah satu drama yang selalu menjadi sebutan ramai sudah semestinya ‘Crash Landing On You’

Drama ‘Crash Landing On You’ mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoon Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin).

Son Yejin dan Hyun Bin.

Son Yejin dan Hyun Bin.

Image via Image via Cinema Escapist

Kisah cinta mereka bermula apabila Yoon Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya ‘goyang’ ekoran angin yang kuat.

Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Baru-baru ini tular di laman sosial foto pre-wedding pasangan pengantin yang unik, kreatif, dan cantik.

Ini kerana gambar-gambar mereka bertemakan drama popular dari Korea Selatan tersebut!

Difahamkan pasangan pengantin dari negara Filipina bernama Jay dan Rihan itu sememangnya merupakan peminat tegar drama Crash Landing On You.

Bukan itu sahaja, Rihan yang merupakan seorang Ahli Kongres manakala Jay pula yang merupakan seorang leftenan polis ternyata berjaya menghidupkan semula beberapa babak ikonik daripada drama tersebut.

Cantiknya gambar-gambar pre-wedding ini. Kami approve!

Image from Giphy

Image via Giphy

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Jomdating.my
Logo
Shopping cart