Rungkai Personaliti Diri Melalui Caramu Memegang Beg Tangan

Caramu, dan caranya berbeza! 🙂

Bagaimana cara anda memegang beg tangan? Adakah anda lebih selesa menjinjitnya seperti biasa atau menggantungnya ke bahu agar ia sentiasa berada dekat dengan diri anda.

Nah, menurut seorang pakar gerak-giri tubuh, ia bukanlah sesuatu keputusan yang bersahaja, cara seseorang individu memegang beg tangan sebenarnya berhubung kait dengan personaliti diri bahkan ia turut disokong oleh ahli psikologi terkemuka Kathlyn Hendricks.

Serius? Jom rungkaikan.

#1 Disangkut Pada Bahu Sambil Memegang Ia Agar Beg Sentiasa Berada Dekat Dengan Diri

Claudia-Schiffer-Coach-Shadow-Crossbody-Bag

Anda adalah jenis manusia yang sangat praktikal dan sungguh berhemah! Anda juga seorang yang pragmatik dari setiap segi.

#2 Disangkut Pada Bahu Namun Beg Dibiar Menghayun Secara Bebas

 

Wanita sebegini adalah seorang yang periang, mudah bergaul dan tidak mudah terbeban dengan masalah yang dihadapi. Tahniah, kerana anda seorang yang begitu positif!

Tetapi jaga-jaga, kita sebagai manusia harus berwaspada di dalam apa sekalipun yang kita lakukan jika tidak mahu merana kemudian.

#3 Diselimpang Pada Badan Sambil Beg Terletak Di Bahagian Hadapan Tubuh

111

Sering berhati-hati dalam setiap perbuatannya. Sangat pemalu namun sering juga mempunyai perasaan teragak-agak. Anda adalah seorang wanita yang memiliki sifat berani, tidak lokek untuk mempertahankan diri.

#4 Diselimpang Pada Badan Namun Beg Terletak Di Bahagian Belakang Tubuh (Hampir Dengan Punggung)

kendall-jenner-celebrity-style-fashion-model-t-by-alexander-wang-grey-black-rib-knit-dress-kenneth-cole-pony-calf-hair-slip-ons-celine-black-nano-crossbody-wildfox-winston-cat-eye-sunglasses

Cara seseorang wanita yang menggayakan beg dengan cara ini memperlihatakan dirinya yang bersifat berdikari. Dirinya ibarat seorang pahlawan. Jarang sekali mengambil kisah tentang apa yang orang fikirkan tentang mereka serta gaya mereka. Apa yang penting adalah kebahagian dan kesenangan yang mereka kecapi. Diri sendiri adalah yang paling mustahak!

#5 Disangkut Pada Pelipat Tangan Berhampiran Siku

2

Wanita sebegini cenderung untuk mempamerkan status dan pangkat diri mereka. Bukan bersifat angkuh, tetapi lebih berkeyakinan.

Bukan itu sahaja, wanita yang sering membawa beg tangan seperti ini merupakan seorang yang praktikal kerana bebas bergerak tanpa batasan, mampu melakukan banyak pekerjaan dalam satu-satu masa.

#6 Menjinjit Beg Secara Bersahaja

How-Celebrities-Carry-The-Saint-Laurent-Classic-Monogram-Bags-9

Kadang-kala menjinjit beg yang kecil dan ada juga masanya mereka gemar menjinjit beg yang besar.

Tetapi, apabila seseorang itu memilih untuk menjinjit beg mereka ke hulu dan ke hilir secara bersahaja, mereka sebenarnya mahu mempamerkan kepentingkan pangkat mereka, sangat berkaliber. Mereka beranggapan bahawa pekerjaan adalah sesuatu yang mustahak dan harus di pandang serius!

Jomdating.my
Logo
Shopping cart