Tips Mudah Untuk Buat Crush Korang Jatuh Hati Dekat Korang. Jangan Buat Diam Je, Sampai Bila-Bila La Korang Tak kahwin.

Korang pernah crush dekat seseorang tak? Tak kiralah anda wanita atau lelaki, tapi jika anda suka terhadap seseorang sebenarnya tak salah pun. Kalau anda seorang perempuan, dan berniat untuk memulakan langkah pertama pun tak ada masalah. Tapi anda kene tahu cara lah. Jadi ini tips untuk buat crush anda bagi feedback kepada anda balik.

1. Cuba berkelakuan seperti orang yang mereka sayang

Kita tak suruh anda fake tau, yang anda perlu buat ialah anda perlu berkelakuan seperti ibu dan ayah crush anda tu. Sebagai contoh anda seorang lelaki, dan anda ingin memikat wanita pilihan anda, apa yang anda harus lakukan ialah siasat latar belakang wanita itu. Jangan jadi stalker pulak, cuma anda perlu mengetahui ayahnya seperti mana? Jika ayahnya seorang yang menjaga aurat,anda turut sama menjaga aurat mereka, jika ayahnya seorang yang suka bergurau, maka anda juga harus pandai berjenaka. Barulah crush anda akan tertarik.

2. Misteri

Simpan sikit misteri tu,jangan tunjuk atau ceritakan semunya kepada crush anda. Kenapa? Ini kerana manusia mempunyai satu sifat ingin tahu. Walaupun mereka tidak menunjukkan rasa minat terhadap anda, jika anda simpan beberapa rahsia hidup anda, akan lahir sifat ingin tahu. Ketika itulah anda akan tahu bahawa mereka sedang membuka hati mereka untuk mengenali anda.

3. Senyum

Jika anda wanita, rajin-rajinkan senyum. Ini kerana lelaki gemar suka jika wanita kelihatan lebih mesra dan senang bergaul. Senyum itu kan manis. Namun tidak kepada lelaki, jika anda inginkan wanita pilihan anda tu suka anda, jangan sesekali senyum sehingga menampakkan gigi anda. Mengapa? Perempuan lebih cenderung untuk jatuh hati kepada lelaki yang punya ego, cool dan tegas

4. Tonjolkan persamaan

Jangan buat-buat pula. Contoh seperti anda anak Johor, beritahu mereka anda anak johor. Perbualan yang mesra lahir dari persamaan yang ketara. Ini akan membuatkan crush anda rasa selesa seperti mengenali keluarga yang sudah lama ditinggalkan.

5. Kaitkan dengan aktiviti harian

Teori of associated conditioning menunjukkan yang anda berpeluang untuk sentiasa berada dalam ingatan mereka jika anda kerap bersama mereka. Buatlah aktiviti sebanyak mungkin dengan crush anda. Ini untuk memberi peluang kepada mereka untuk lebih mengingati anda selalu. Bayangkan jika mereka berbual dengan rakan atau keluarga mereka, dan menyebut nama anda, itu bermakna anda ada sedang bermain di dalam fikiran mereka.

Jomdating.my
Logo
Shopping cart